Saturday, March 17, 2012

Mahukah anda hidup selama-lamanya? Enggan Mati?

Pencarian hidup yang abadi

Pencarian ke atas 'batu falsafah' mengkin antara sejarah yang tersohor tentang proses penuaan. Menurut lagenda Kristian, Nabi Adam mengetahui tentangnya dari Tuhan. Batu ini juga disebut dalam mitos Budhha dan Hindu dengan nama Cintamani-permata memakbulkan impian. Ahli-ahli kimia percaya Batu Falsafah boleh meukarkan sebarang bahan logam seperti Plumbum menjadi emas atau perak. Ia juga dapat merawat penyakit dan mengabadikan nyawa orang yang meminumnya.

Usaha pembuatannya dikenali sebagai Magnus Opus-Hasil Agung. Batunya dikatakan berwarna merah jika menghasilkan emas dan putih jika perak. Pencariannya berlansung selama berabad-abad dengan pelbagai pembaharuan, dan ahli-ahli kimia yang berlainan telah berjaya menghasilkannya. Ahli falsafah Albert magnus menemui resipinya pada kurun ke -13 dan telah berkongsi rahsianya dengan pembantunya. Namun kematian si pembantu enam tahun tahun sebelum gurunya ternyata merupakan satu kehilangan besar.

Sementara itu, orang-orang cina kuno percaya batu yang tahan lama dan berharga seperti jed akan memanjangkan nyawa. Maharaja Jiajing ketika kurun ke-16 mati kerana menelan merkuri dalam 'atma jiwa' yang disediakan oleh ahli kimianya.

Monday, May 30, 2011

Misteri Keris Taming Sari

…ASAL USUL KERIS TAMING SARI… Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.
Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.
Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.
Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….
Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.
Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.
Wallahu’alam….

Monday, April 4, 2011

Amerika Pertama ke Eropah

Kumpulan penyelidik universiti Sepanyol merungkaikan bahawa orang pertama yang sampai di Eropah adalah lima abad lebih awal sebelum Christopher Colombus menjejakkan kaki di Benua Amerika.

Para ilmuwan menelusuri asal-usul genetik satu keluarga Islandia yang dipercaya sebagai orang Amerika pertama yang tiba di Eropah sekitar abad ke-10. Orang-orang ini sampai lima ratus tahun sebelum Columbus melakukan pelayaran pertamanya pada 1492.

Kisah Norse menyatakan Viking menemukan orang Amerika berabad-abad sebelum Columbus. Data terbaru nampaknya menyokong hipotesis Viking membawa orang Indian Amerika (Amerindian) ke Eropah utara.

Kajian membuktikan manusia dari benua Amerika Utara itu kemungkinan tiba di Islandia pada 1.000 Sebelum Masihi (SM), dan meninggalkan genetiknya yang terserlah pada 80 orang Islandia ketika ini.

Kajian juga menemui bahawa, genetik ini merujuk pada nenek moyang yang sama di selatan Islandia, berdekatan gletser Kull Vatnaj. Sebelumnya, terdapat 1.710 teori awal menyatakan kemungkinan mereka tiba melalui Asia.

"Pulau itu praktik terisolasi dari abad ke-10 dan seterusnya, hipotesis yang paling mungkin adalah genetik ini berhubungan dengan wanita Amerindian yang dibawa Viking dari Amerika pada 1.000 SM," kata Carles Lalueza-Fox dari Pompeu Fabra Universiti di Sepanyol.

Penempatan Viking di L'Anse aux Meadows wilayah timur Canada Terranova, dikatakan berasal dari abad ke-11. Kajian seterusnya akan terus berusaha menentukan bila genetik Amerindian pertama tiba di Islandia.


Selain itu, pengkaji akan terus mencari hubungan mereka terhadap sisa-sisa kubur di Amerika. Penelitian genetik ini diterbitkan oleh Pusat Kajian Saintifik Sepanyol dalam American Journal of Physical Anthropology.

Saturday, March 19, 2011

Balik kampung oh Beras Siam oh buah Pauh (Mangga)

Cuti sekolah 1 minggu (12-21 mac)... apa lagi program balik kampung mesti dilaksanakan. Saat pulang ke kampung memang seronok, semangat packing barang dan shoping barang-barang untuk dibawa balik ke kampung sangat menyeronokan. Drive kereta time balik kampung pun memang best sebab ada feel yang tersendiri. Aku jenis suka balik kampung pantang ada cuti. Tapi sejak dah kahwin dan ada famili sendiri tambah lagi dengan kesibukan kerja semangat nak balik kampung dah menurun. Masa bujang-bujang dulu or masa belajar kat universiti boleh dikatakan setiap bulan aku balik kampung.Kata orang tempat jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat bermain...
Jadi... tanggal 12 Mac (Sabtu) Jam 6.30 pagi bertolak dari Megah Ria ke P. Mas (Rumah Mertua). Perjalanan lancar sahaja kecuali Jem di Bandar Pekan, Pahang kerana memberi laluan kepada Perlumbaan basikal Jelajah Malaysia yang sedang berlansung. Cuba cari jalan alternatif tapi nyaris tersasar lalu Garmin kat Hand phone digunakan, sambil tu singgah pekena nasi lemak dulu. Sampai di jalan Melati Dungun aku call mak cik aku untuk singgah kat rumahnya. Malangnya die pun dah bertolak ke kampung 4 jam lebih awal kerana ada kenduri kahwin sedara suaminya di Kok Lanas. Perjalanan diteruskan hujan mula turun sebaik di Pulai Serai, Dungun dengan lebatnya membawa sampai ke Besut hujan silih berganti lebat dan sederhana lebat menyebabkan aku memperlahankan kenderaan. Rasa macam musim ketujuh kembali semula dalam hati doa supaya tiada banjir yang menghalang laluan. 80 % perjalanan adalah dalam hujan maka jangkaan aku akan sampai pada jam 6.30 petang meleset sama sekali. Sebaliknya pukul 6.30 petang masih berada di Besut, perut dah lapar kami singgah makan. Menu Nasi putih, sup perut dan telur dadar sungguh menyelerakan ketika hujan masih renyai2 tambah lagi sambal belacan. Kira-kira jam 8.45 malam aku tiba rumah mertua.
Cuti kali ni aku plan balik 4 hari sahaja bukan apa kalau nak betul-betul rehat kat kampung memang  tak sempat nak rehat pun sebab banyak pergi sana-sini plus amalan sistem giliran (rumah mak n rumah mertua) selang 1 hari. Nasib baik Pengkalan Kubor (Kampung aku) dan Bunut Susu (kampung isteri) tak jauh sangat untuk ulang alik setiap petang (biasanye lepas asar lah time tukar giliran).

Oh ye... beras siam kan? Aku dibesarkan makan beras siam jadi tak boleh tukar beras lain. Bukan tak ada semangat patriotik nak makan beras Malaysia tapi dah tak boleh. Tinggal di perantauan ni menyebabkan aku dan famili beradaptasi menyesuaikan diri dengan beras bukan siam. Caranya setiap kali balik kampung aku akan beli walau sekampit beras siam (biasenye tak beli pun dibekal oleh mak mertua n mak aku). Lepas tu pergi tesco beli beras biasa lalu campur gaulkan mereka sesedap rasa. Apa jadi kalu bekalan beras habis sebelum balik kampung? Beli beras siam kat pasaraya tapi hampeh kualitinya tak sama sedangkan harganya mahal macam bedil. Cakap pasal beras siam ni teringat masa zaman muda2 dulu. Pernah jual beras aka penyeludup beras siam bersama-sama Pak sedara kat kedai area Dungun, Kuantan dan Labis (Johor) terutama sekali beras wangi kat restoran-restoran cina. Untungnya berganda-ganda. Orang cakap beras siam mahal. Memang le yang berkualiti mesti mahal tapi cuba bayangkan masak nasi guna beras siam jimat sebenarnya sebab beras siam naik periuk. 1 cup beras boleh penuh rice cooker bila dah jadi nasi. lagi satu nasinya susah nak basi.Cuti kali ni aku hanya dapat sekampit 10 kg sahaja di supply oleh mak aku ok la tu.

Buah Pauh atau mangga pun sama produk of Thailand. Macam-macam ada pauh mas hitam, pauh lemak, pauh siku dan paling cikai sekali pauh samseng. Thailang ni memang power dalam bab pertanian tengok lah diorang punyai beras dan buah-buahan yang bermacam-macam ada. Tapi kali ni aku tak berminat nak beli buah pauh/mangga ni sebab aku tengok kat kipmart masai pun berlambak-lambak harga pun agak murah. Tapi aku belasah juga yang ada kat dalam peti sejuk rumah mak aku... sedap coz dah siap dikopek dan sejuk tekak aku masa menelannya disulami rasa yang manis lemak. Walau bagaimanapun Buah pauh tetap ditaja oleh mak dan mertua aku 2 kilo pauh lemak dan 2 kilo mas hitam untuk disi dalam bonet kereta aku tatkala menjelangnya aku bertolak ke Johor. Dalam kepala dah plan nak buat jus mangga dan biarkan sejuk dalam peti ais lalu diminum lepas habis kerja.
Perjalanan balik ke Johor bermula jam 7.00 pagi 16 mac (rabu) dari Pengkalan Kubor. Di samping beras dan buah mangga ada juga benda2 lain yang mengisi ruang-ruang kosong bonet kereta aku yang pastinya semua ditaja oleh mak aku dan mak mertua aku. Antara lain benda-bendanya ialah seperti keropok segera, keropok sira berlada, keropok keping cap ikan parang (mak sedara yg bagi), bawang merah, lengkus, kunyit hidup, daun limau purut,halia, buah salak,mangga muda ikan kering, serbuk kari, udang dan ketam. Semua tu free huhuhu... yang aku beli hanya kuih Dodol dan Gelembung Buaya yang dipesan oleh seorang kawan lelaki yang mengidam serta 3 helai jersi Malaysia untuk kami tiga beranak (beli kat KBC Pengkalan Kubor). Fenomena biasa yang berlaku kat bonet kereta aku ialah agak kosong time balik dari Johor ke Kelantan tapi akan jadi penuh sesak time balik ke Johor.

Satu lagi tak kira lah time balik ke kelantan mahu pun balik ke Johor aku mesti singgah di Kedai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut beli 2 bungkus keropok lekor dan 1 bungkus keropok keping Perjalanan balik ke johor juga diiringi hujan yang mula turun di Kuala Terengganu sampailah ke Kemaman.Satu bungkus keropok lekor dihadiahkan kepada mak cik aku kat Dungun tatkala singgah untuk solat makan tengahari. Hujan sedang lebat masa ni, yang penting makan tengahari ditaja oleh mak cik aku. Empat kemalangan telah berlaku bermula dengan Lori padi terbalik di pasir Putih, di Permaisuri melibatkan lori barang dan proton waja , Marang atas jambatan menyebabkan jem 1 jam lebih dan kat Kuala Abang melibat 3 kereta saling merempuh belakang masing-masing inilah bahaya jika jalan licin disebabkan oleh hujan.Lepas 2 jam kami bertolak dari dungun ke johor ketika hujan masih lebat. Tepat jam 8.30 sampai di megah ria iaitu di Kedai makan Kuali Mas nasi ayam masak merah menjadi pilihan. Pukul 9.30 malam sudah pun terbaring di atas toto rumah aku di Jalatang 4.