Cuti sekolah 1 minggu (12-21 mac)... apa lagi program balik kampung mesti dilaksanakan. Saat pulang ke kampung memang seronok, semangat packing barang dan shoping barang-barang untuk dibawa balik ke kampung sangat menyeronokan. Drive kereta time balik kampung pun memang best sebab ada feel yang tersendiri. Aku jenis suka balik kampung pantang ada cuti. Tapi sejak dah kahwin dan ada famili sendiri tambah lagi dengan kesibukan kerja semangat nak balik kampung dah menurun. Masa bujang-bujang dulu or masa belajar kat universiti boleh dikatakan setiap bulan aku balik kampung.Kata orang tempat jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat bermain...
Jadi... tanggal 12 Mac (Sabtu) Jam 6.30 pagi bertolak dari Megah Ria ke P. Mas (Rumah Mertua). Perjalanan lancar sahaja kecuali Jem di Bandar Pekan, Pahang kerana memberi laluan kepada Perlumbaan basikal Jelajah Malaysia yang sedang berlansung. Cuba cari jalan alternatif tapi nyaris tersasar lalu Garmin kat Hand phone digunakan, sambil tu singgah pekena nasi lemak dulu. Sampai di jalan Melati Dungun aku call mak cik aku untuk singgah kat rumahnya. Malangnya die pun dah bertolak ke kampung 4 jam lebih awal kerana ada kenduri kahwin sedara suaminya di Kok Lanas. Perjalanan diteruskan hujan mula turun sebaik di Pulai Serai, Dungun dengan lebatnya membawa sampai ke Besut hujan silih berganti lebat dan sederhana lebat menyebabkan aku memperlahankan kenderaan. Rasa macam musim ketujuh kembali semula dalam hati doa supaya tiada banjir yang menghalang laluan. 80 % perjalanan adalah dalam hujan maka jangkaan aku akan sampai pada jam 6.30 petang meleset sama sekali. Sebaliknya pukul 6.30 petang masih berada di Besut, perut dah lapar kami singgah makan. Menu Nasi putih, sup perut dan telur dadar sungguh menyelerakan ketika hujan masih renyai2 tambah lagi sambal belacan. Kira-kira jam 8.45 malam aku tiba rumah mertua.
Cuti kali ni aku plan balik 4 hari sahaja bukan apa kalau nak betul-betul rehat kat kampung memang tak sempat nak rehat pun sebab banyak pergi sana-sini plus amalan sistem giliran (rumah mak n rumah mertua) selang 1 hari. Nasib baik Pengkalan Kubor (Kampung aku) dan Bunut Susu (kampung isteri) tak jauh sangat untuk ulang alik setiap petang (biasanye lepas asar lah time tukar giliran).
Oh ye... beras siam kan? Aku dibesarkan makan beras siam jadi tak boleh tukar beras lain. Bukan tak ada semangat patriotik nak makan beras Malaysia tapi dah tak boleh. Tinggal di perantauan ni menyebabkan aku dan famili beradaptasi menyesuaikan diri dengan beras bukan siam. Caranya setiap kali balik kampung aku akan beli walau sekampit beras siam (biasenye tak beli pun dibekal oleh mak mertua n mak aku). Lepas tu pergi tesco beli beras biasa lalu campur gaulkan mereka sesedap rasa. Apa jadi kalu bekalan beras habis sebelum balik kampung? Beli beras siam kat pasaraya tapi hampeh kualitinya tak sama sedangkan harganya mahal macam bedil. Cakap pasal beras siam ni teringat masa zaman muda2 dulu. Pernah jual beras aka penyeludup beras siam bersama-sama Pak sedara kat kedai area Dungun, Kuantan dan Labis (Johor) terutama sekali beras wangi kat restoran-restoran cina. Untungnya berganda-ganda. Orang cakap beras siam mahal. Memang le yang berkualiti mesti mahal tapi cuba bayangkan masak nasi guna beras siam jimat sebenarnya sebab beras siam naik periuk. 1 cup beras boleh penuh rice cooker bila dah jadi nasi. lagi satu nasinya susah nak basi.Cuti kali ni aku hanya dapat sekampit 10 kg sahaja di supply oleh mak aku ok la tu.
Buah Pauh atau mangga pun sama produk of Thailand. Macam-macam ada pauh mas hitam, pauh lemak, pauh siku dan paling cikai sekali pauh samseng. Thailang ni memang power dalam bab pertanian tengok lah diorang punyai beras dan buah-buahan yang bermacam-macam ada. Tapi kali ni aku tak berminat nak beli buah pauh/mangga ni sebab aku tengok kat kipmart masai pun berlambak-lambak harga pun agak murah. Tapi aku belasah juga yang ada kat dalam peti sejuk rumah mak aku... sedap coz dah siap dikopek dan sejuk tekak aku masa menelannya disulami rasa yang manis lemak. Walau bagaimanapun Buah pauh tetap ditaja oleh mak dan mertua aku 2 kilo pauh lemak dan 2 kilo mas hitam untuk disi dalam bonet kereta aku tatkala menjelangnya aku bertolak ke Johor. Dalam kepala dah plan nak buat jus mangga dan biarkan sejuk dalam peti ais lalu diminum lepas habis kerja.
Perjalanan balik ke Johor bermula jam 7.00 pagi 16 mac (rabu) dari Pengkalan Kubor. Di samping beras dan buah mangga ada juga benda2 lain yang mengisi ruang-ruang kosong bonet kereta aku yang pastinya semua ditaja oleh mak aku dan mak mertua aku. Antara lain benda-bendanya ialah seperti keropok segera, keropok sira berlada, keropok keping cap ikan parang (mak sedara yg bagi), bawang merah, lengkus, kunyit hidup, daun limau purut,halia, buah salak,mangga muda ikan kering, serbuk kari, udang dan ketam. Semua tu free huhuhu... yang aku beli hanya kuih Dodol dan Gelembung Buaya yang dipesan oleh seorang kawan lelaki yang mengidam serta 3 helai jersi Malaysia untuk kami tiga beranak (beli kat KBC Pengkalan Kubor). Fenomena biasa yang berlaku kat bonet kereta aku ialah agak kosong time balik dari Johor ke Kelantan tapi akan jadi penuh sesak time balik ke Johor.
Satu lagi tak kira lah time balik ke kelantan mahu pun balik ke Johor aku mesti singgah di Kedai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut beli 2 bungkus keropok lekor dan 1 bungkus keropok keping Perjalanan balik ke johor juga diiringi hujan yang mula turun di Kuala Terengganu sampailah ke Kemaman.Satu bungkus keropok lekor dihadiahkan kepada mak cik aku kat Dungun tatkala singgah untuk solat makan tengahari. Hujan sedang lebat masa ni, yang penting makan tengahari ditaja oleh mak cik aku. Empat kemalangan telah berlaku bermula dengan Lori padi terbalik di pasir Putih, di Permaisuri melibatkan lori barang dan proton waja , Marang atas jambatan menyebabkan jem 1 jam lebih dan kat Kuala Abang melibat 3 kereta saling merempuh belakang masing-masing inilah bahaya jika jalan licin disebabkan oleh hujan.Lepas 2 jam kami bertolak dari dungun ke johor ketika hujan masih lebat. Tepat jam 8.30 sampai di megah ria iaitu di Kedai makan Kuali Mas nasi ayam masak merah menjadi pilihan. Pukul 9.30 malam sudah pun terbaring di atas toto rumah aku di Jalatang 4.
No comments:
Post a Comment