Saturday, March 20, 2010

Sejarah Buku-Buku Wahyu

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s (David), at Taurah kepada Nabi Musa a.s (Moses)dan kitab Injeel pula kepada Nabi Isa a.s (Jesus). Kesemuanya adalah dalam bahasa pengantar nabi-nabi berkenaan iaitu bahasa Yahudi kuno (Ibrani). Kitab-kitab tersebut tidak ada lagi pada masa kini. Di dalam Bible terdapat: (a) 'At-Taurah' dan 'Psalms od David' di bahagian "The Books of Old Testament" (Buku-buku Perjanjian Lama), (b) 'Injeel' terdapat di bahagian "Books of the New Testment" (Buku-buku Perjanjian Baru) dalam bentuk empat versi iaitu versi (laporan) Matthew, Mark, Luke dan John. Semua Kitab-Kitab tersebut adalah dalam bentuk terjemahan bukan dalam bahasa asal.
Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah wahyu yang terakhir yang paling sempurna. Al-Quran adalah dalam bahasa tuturan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu dalam bahasa Arab. Al-Quran yang terdapat hari ini adalah daripada naskah yang disahkan oleh satu jawatankuasa di bentuk untuk menulisnya mengandungi sahabat yang hafiz, yang mendengar wahyu sendiri daripada Rasulullah s.a.w. semasa beliau hidup lagi. Rasulullah s.a.w. telah mengarah sahabat-sahabatnya untuk menghafaz dan menulis wahyu. Bahasa al-Quran masih hidup selepas 1400 tahun, semua bahasa lain biasanya mati selepas 1000 tahun atau selepas 500 tahun. Umpamanya bahasa Yahudi kuno,Ibrani tidak difahami oleh orang Yahudi biasa. Ia hanya difahami oleh pakar-pakar bahasa Ibrani sahaja.

Maka bahasa al-Quran telah menjadi suatu bahasa yang paling luar biasa dalam sejarah manusia kerana ia masih hidup selepas 1400 tahun dan masih menjadi bahasa pengantar berjuta-juta umat islam. Hikmatnya adalah Allah s.w.t. ingin memelihara kesucian al-Quran sebagai wahyu yang terakhir. Wahyu dalam bentuk terjemahan atau dalam bentuk laporan boleh membuka pintu kepada tambahan dan kekurangan. Keranan tidak ada terjemahan yang tepat serantus peratus.


No comments:

Post a Comment