Tuesday, November 30, 2010

Berumur 1 tahun sudah mengandung



Apa dah jadi dengan dunia ini? Kes paling unik dan yang pertama di dunia berlaku di Arab Saudi ini menggemparkan warga Arab Saudi. Tidak percaya! Mustahil...pada mulanya tapi selepas doktor memberitahu kejadian ini adalah disebabkan ketika ibu kepada bayi ini mengandung ada dua janin di dalam rahimnya. Bukan anak kembar dan bukan juga kembar siam, sebaliknya satu lagi janin berada di dalam rahim bayi yang dilahirkan itu. Tiada yang mustahil jika Allah mengkehendakinya maka ia terjadi dengan kuasanya.Subhanallah.

Ikan Bergigi Manusia

Ikan Bergigi Manusia di Tasik Wylie
Frank Yarborough penduduk Carolina Selatan menjerit keriangan kerana menyangka telah mendapat hasil tangkapan yang besar. Tapi selepas itu jeritan selepas itu adalah jeritan kesakitan dek digigit ikan tersebut. Penemuan ikan bersaiz kira-kira 8 inci dan seberat 5kg serta berwarna agak gelap itu disahkan oleh Ahli Biologi Perikanan Air Tawar Jabatan Sumber Alam Carolina Selatan Robert Stroud. Menurutnya ikan ini adalah spesies langka iaitu bukan berasal dari tasik itu sebaliknya merupakan spesies bawal yang berasal dari Lembah Amazon yang umumnya dikategori sebagai ikan hiasan. Anehnya ikan ini bergigi manusia siap dengan gigi seri, geraham dan taring. Robert menganggap saudara terdekatnya ialah ikan yang ganas di Amazon iaitu Piranha.


Friday, October 29, 2010

Tumpat dan minoriti Siam di Kelantan.

Hakikatnya Kelantan memiliki kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. "Wat Machimmaram" dibina oleh masyarakat Thai Kelantan dan kini sudah pun bercampur dengan budaya Cina tempatan. Oleh itu senibinanya dikatakan campuran pengaruh budaya Siam dan Cina. Kuil yang terletak di Tumpat Kelantan ini merupakan Patung Buddha Duduk (Sitting Buddha) yang terbesar di Asia Tenggara. Kuil yang mempunyai ketinggian 30 meter dengan lebar 47 meter ini, menjadi salah satu lokasi pelancongan yang dikenali oleh ramai pelancong.






















Satu lagi binaan yang juga terbesar di Asia Tenggara ialah Patung Buddha Tidur yang terletak di Kampung Beruk (nama lama) atau Kampung Jambu (nama baru). The Sleeping Buddha ini juga terletak di Daerah Tumpat, Kelantan dan diberi nama Wat Photivihan. 

Di bawah ini merupakan artikal yang dipetik http://thaimalaysia yang cuba merungkai asal-asul masyarakat Thai Kelantan:

Mengikut sejarah, pertalian Kelantan-Siam dikatakan bermula sejak pertengahan abad ke 13. Waktu itu orang-orang Siam sudah mula menyumbangkan pengaruh kekuasaannya ke Selatan Lembah Sungai Chao Phraya, menurun ke kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu...(Nik Mohamed dlm. Alias Mohamed 1977). Walau bagaimanapun
pertalian ini berubah menjadi perlindungan apabila Long Muhammad menjadi Sultan Muhammad I pada tahun 1800/1801. Baginda
menghantar Pak Wan Mahmud sebagai utusan menghadap Maharaja Siam dan sebagai tanda perhubungan setia Sultan Muhammad mengirim bunga mas ke Siam tiga tahun sekali (Cetera Kelantan dlm. Alias Muhammad 1977: 24). Pada tahun 1832 Sultan sekali lagi menghantar utusan ke Ligor dan dari Ligor ke Bangkok mengadap Maharaja Siam kerana bimbang akan ancaman dari Terengganu yang berpakat dengan Pattani. Kepulangan utusan itu membawa bersama suatu persetiaan antara negeri Kelantan dengan Kerajaan Siam diwujudkan dan Kelantan hendaklah menghantar ufti bunga emas tiap-tiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai balasan di atas kesanggupan Siam mengawasi musuh-musuh dari luar (Saad Shukri dlm. Alias Muhammad 1977; 24). Kekuatan pengaruh Siam dapat dilihat melalui tindakan Raja Siam yang telah memperkenankan Long Senik Mulut Merah menjadi Raja Kelantan pada tahun 1837 dengan gelaran Sultan Muhammad II apabila Sultan Muhammad I mangkat pada tahun 1835 (Alias Muhammad 1977: 15). Apa yang jelas, hanya pada akhir kurun ke 18, Siam dikatakan telah menguasai Kelantan dan ini berakhir hingga tahun 1909 apabila negeri itu bersama-sama Kedah, Perlis dan Terengganu dipindahkan ke tangan British dalam perjanjian Anglo-Siamese (Alias Muhammad t.th. 2). Menurut Perjanjian Siam-Inggeris 1909, Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan segala haknya keatas Negeri Kelantan kepada British. Dengan perjanjian ini maka Kelantan telah kehilangan sebuah jajahan yang menurut Kitab Tarikh Kelantan (dlm. Alias Muhammad t. th. 18) adalah seperti berikut: "Pada masa negeri Kelantan bersetia dengan Siam adalah lebih kurang 15,000 oang Siam yang mendiami tempat-tempat di sebelah kanan mudik Sungai Tabal itu. Tetapi oleh sebab Surat Setia di antara kerajaan Siam dengan Kerajaan Inggeris yang berkenaan dengan perkara penyerahan negeri Kelantan, Kedah, dan Terengganu tidaklah diperbuat oleh Kerajaan Siam, bahawa Sungai Tabal itu sempadan jajahan Siam dengan jajahan Kelantan serta ditolakkan sebuah daerah di dalam Legeh yang dibawah bendera Siam kepada Kelantan iaitu sebelah ulu negeri Kelantan dan setengah tanah dalam jajahan Reman yang di bawah benderanya jua kepada negeri Perak." Golomb (1976: 15), meletakkan kira-kira satu peratus daripada 700,000 penduduk keseluruhan Kelantan adalah minoriti Thai. Beliau telah mengira dan mendapati terdapat 29 petempatan orang Thai di Kelantan yang mengandungi satu hingga lebih 250 rumah termasuk satu kampung yang terletak hanya selepas sempadan Negeri Terengganu dan satu di Wilayah Narathiwat. Saya menjangkakan kampung tersebut ialah Bukit Yong/Tok Chek (Tok Motong). Pada masa ini hanya terdapat dua perkampungan Thai di Terengganu iaitu Bukit Keluang (Pok/Pak Kiang) dan Batu Bala. Setelah dikira, Golomb menyatakan terdapat 20 buah biara Thai di 14 perkampungan Thai dan tiga buah di kampung majoriti penduduk Cina (Golomb 1976: 19). Mereka ini terdapat di Kampung Tenong, Kulim dan Malai. Tetapi, semasa saya menjadi bikhu selama empat bulan di Wat Cheng Buddhavas, Kelantan, saya dapati hanya dua buah biara sahaja dibangunkan di perkampungan Cina; Kampung Tenong dan Wakaf Bharu (Kulim). Saya mengecualikan Kampung Balai kerana majoritinya ethnik Thai yang membangunkan perkampungan ini bersama-sama orang Cina (Cina Kampung). Sebelum 1990-an hanya terdapat 19 buah biara sahaja yang betul-betul wujud. Ini berlaku di Kampung Malai di mana satu daripada dua biaranya telah tidak digunakan sehinggalah pada 1990-an biara tersebut telah dibina semula dan dibangunkan. Biara tersebut kini dinamakan Wat Photikyan Phut Thak Tham (Wat Tai Teen/Biara Hilir). Pengelompokan Thai Kelantan yang tinggi menurut Golomb adalah sekitar bandar Tumpat iaitu sepanjang sempadan Thailand. ASAL THAI KELANTAN Asal Thai Kelantan adalah tidak jelas. Persoalan siapakah orang Thai pertama datang dan bagaimanakah mereka datang telah lama mendapat perhatian. Beberapa bukti telah dikemukakan tetapi tidak satupun mendapat rumusan tepat. Ethnik Thai, tidak seperti orang Cina, tidak banyak mendapat perhatian semasa era kedatangan imigran pada abad ke 18 dan 19, mungkin kerana mereka tidak terlibat dengan aktiviti sebagaimana aktiviti orang Cina seperti perlombongan emas, perniagaan dan perdagangan. Perbincangan seterusnya adalah berdasarkan tulisan Louis Golomb (1976: 15 & 16). Beliau telah menggunakan pendekatan linguistik untuk mengesan asal-mula komuniti Thai di Kelantan. Menurutnya, kepadatan petempatan Thai dan dialek Tumpat-Tak Bai membayangkan mereka daripada punca yang sama. Berdasarkan pendekatan ini, Golomb menyimpulkan kebanyakan penduduk Thai Kelantan berasal dari daerah Tak Bai. Semua, kecuali tiga kampung Thai di Kelantan berkongsi dialek tempatan yang sama. Pengecualian ini, termasuk dua komuniti pinggir pantai menghala ke Terengganu. Saya berpendapat dengan penuh yakin perkampungan tersebut ialah Balai dan Semerak. Dua petempatan ini dengan koloni kecil imigran pedalaman, bercakap dalam dialek yang berbeza ketara daripada segi sistem bunyi berbanding Tumpat-Tak Bai. Perbezaan dialek petempatan tepi pantai ini menerangkan migrasi yang berdikari, mungkin dengan bot di sepanjang pinggir pantai dari kawasan utara Thailand. Sebenarnya dialek Thai Kelantan tidak merujuk kepada daerah Tak Bai semata-mata, malahan merangkumi keseluruhan Wilayah Narathiwat. Menurut Golomb lagi, penduduk asal merupakan sekumpulan orang muda yang di kenali sebagai nakleng yang mengembara mencari kawasan pemburuan baru. Dalam kumpulan tersebut terdapat juga ahli menora yang mempersembahkan tarian tersebut di setiap tempat yang disinggahi. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian Mohamed Yusoff (1993: 19) di Kampung Aril, Jajahan Kota Bharu. Menurutnya, Aril asalnya didiami oleh orang Melayu tetapi telah bertukar menjadi hutan belukar kerana kehadiran babi hutan yang mengancam dan merosakkan hasil tanaman mereka. Kebetulan kumpulan nakleng melintasi kawasan tersebut dan ditawarkan oleh ketua kampung untuk membuka semula kampung tadi dan sekaligus mewujudkan perkampungan Thai di Aril. Semasa menulis mengenai pengaruh Siam dan Buddha terhadap kepercayaan Orang Melayu di Kelantan, Mohamed Yusoff (1996: 24) menyatakan beberapa perkampungan Siam di Kelantan telah dibangunkan semenjak lebih daripada seratus tahun yang lepas. Malahan sebelum inipun, beliau telah menyatakannya sebagai: Written records concerning the establishment of Siamese villages in Kelantan are not readily available and the dates of their foundation still remain a matter of speculation, but oral tradition indicate that these settlements are over 100 years old. In some places Siamese villagers are known to predate their Malay neighbours. The migration of Siamese settlers from southern Thailand was a regular occurance until the turn of the century. The prevailing social and political circumstance of the period obviously facilated Siamese migration into Kelantan. Most significantly, Siamese migrants faced very little resistance from the existing Malay peasantry since the former did not compete with the latter for agricultural land (Mohamed Yusoff 1990: 56). Jika dilihat daripada segi masa, pengkaji sebelum ini menganggarkan perkampungan Thai sudah wujud lebih daripada 100 tahun. Manakala ada pengkaji lain menganggarkan lebih daripada 200 tahun. Wang Gungwu (dlm. Winzeler 1985) menyebut, pada akhir abad ke 18 ada lelaki Cina yang mengahwini gadis Thai. Malangnya, beliau seolah-olah menarik balik kenyataan tersebut dengan menyatakan mungkin gadis yang dikahwini itu bukan Thai asal tetapi dibawa dari tempat lain. Pendekatan linguistik juga pernah digunakan oleh Winzeler (1985). Beliau mengemukakan hujah menarik berkenaan asal Thai Kelantan. Menurutnya, mereka mendiami berdekatan sempadan yang di huni oleh masyarakat pra-moden Thai di Wilayah Selatan Thailand. Ada bukti menerangkan hampir keseluruhan penempatan Thai (melainkan beberapa kampung terletak di timur jauh lembangan Kelantan) mempunyai hubungan dengan rumpun di sebelah sempadan di Wilayah Narathiwat dan kemungkinan kesemua berasal daripada enklaf yang lama wujud dalam wilayah Melayu mewujudkan perbezaan dialek, Tak Bai misalnya, satu Jajahan Narathiwat mempunyai perbezaan dialek dengan Wilayah Selatan lain-lain dialek Thai. Walau bagaimanapun ini tidaklah bermakna penutur dialek Tak Bai berasal daripada penempatan asal (original settlers), ia mungkin, malahan menyerupai, yang mereka adalah keturunan daripada migran kemudian yang telah diasimilasikan ke dalam komuniti sedia ada. Setengah maklumat mencadangkan penyelerakan dan pergerakan pada masa lepas adalah perkara biasa dalam bentuk petempatan Thai. Jika asal orang Kelantan dan Tak Bai tidak jelas, sejarah mereka adalah sedikit kurang. Satu persoalan ialah tentang hubungan antara pembangunan etnik lepas dan abad ke 19 dan 20 pada perluasan metropolitan Thai dan penggabungan dalam wilayah berkenaan. Menurut sejarah, sebelum ini pada abad ke 19 pemerintah Thai telah lama menuntut sebagai tuan kepada Kelantan dan negeri utara Melayu, kecuali kes Patani yang menjadi sebuah kerajaan Melayu (Winzeler 1985: 68). Ini berlaku sebelum penyerahan hak Bangkok kecuali Patani kepada Great Britain pada tahun 1909, yang pada masa itu petempatan Thai telah lama wujud. Cuma persoalannya sama ada ia berkembang hasil daripada keterlibatan kerajaan Thai. Graham (dlm. Winzeler) membuat banyak rujukan tentang orang Thai, ia mengundang banyak kekeliruan. Beliau menyatakan terdapat dua kampung (tidak di kenal pasti) boleh dikaitkan dengan pelanggaran Thai pada 60 tahun sebelum ini (1840-an), tetapi tidak menyumbangkan dengan banyak kepada jumlah penduduk Thai atau sebarang pergerakan ketenteraan lain. Di sini tidak ada bukti yang mengaitkan usaha kerajaan Bangkok mempromosi kemasukan orang Thai ke wilayah ini, atau tindakan mereka sendiri bermigrasi di bawah penguasaan kerajaan Thai. Menurut Mohamed Yusoff (1993: 18) kewujudan perkampungan Thai di Kelantan tidak ada kaitan dengan polisi kolonial kerajaan Siam. Walaupun, Siam mempunyai minat yang tinggi ke atas negeri Melayu, tetapi ia bukan bertujuan mewujudkan kota-kota Siam, kerana tujuannya menghalang pengaruh Burma dan Inggeris. Malahan, tidak ada bukti yang menunjukkan perkampungan Thai dibangunkan atas perintah Bangkok (Kershaw dlm. Mohamed Yusoff 1993: 18). Persoalan kedua, tentang saiz populasi Thai di Kelantan sebelum dan selepas perlindungan British pada tahun 1909. Menulis pada tahun 1907, Graham (dlm. Winzeler) menganggarkan bilangan penduduk Thai adalah 15,000 orang dan mencatitkan konsentrasi mereka adalah di persisir pantai negeri. Jika anggaran ini adalah benar, populasi Thai telah berkurang lebih daripada satu-setengah (one-half) dan berkurang kepada satu perempat daripada anggaran penduduk kini lebih daripada dua kali ganda jumlah 300,000 yang beliau kemukakan. Graham juga mencatatkan terdapat lebih daripada 40 biara Thai, sedangkan kini tinggal separuh daripadanya. Kemerosotan yang besar berlaku kepada orang Thai pada banci pertama pada tahun 1911, apabila kurang daripada 5,000 orang direkodkan. Satu kemungkinan besar kekurangan Thai Kelantan ialah mereka meninggalkan Kelantan apabila Bangkok melepaskannya kepada kerajaan British. Berdasarkan kiraan Graham, tulisan sebelum penyerahan Kelantan kepada British, orang Thai hidup dengan aman dan bahagia. Walaubagaimanapun, tidak ada bukti pergerakan keluar daripada negeri atau akibat daripada ketidaksenangan di bawah kawalan British. Kemungkinan yang selesa ialah Graham memasukkan sekali bilangan ethnik Thai di Thailand apabila sempadan Kelantan dan Thailand ditetapkan pada tahun 1909.




Saturday, October 9, 2010

Suara Islam dalam rap Amerika

Di Amerika, lirik lagu rap atau hip hop sering kali berkisar tentang wanita, perhiasan, kereta mewah dan sebagainya lain pula dengan penyanyi kelahiran Chicago ini. David Kelly atau lebih terkenal dengan "Capital D" yang menyampaikan mesej islam dalam celotehnya. Beliau menggunakn rentap rap dalam memuja Allah SWT, mengkritik perang di Iraq dan juga mencemuh para korporat di Amerika. Ketika Komuniti Muslim Amerika sukar untuk menyampaikan aspirasi mereka terutamanya selepas peritiwa 9/11 kehadiran Capital D meraih populariti di antara komuniti muslim yang mencari hiburan yang selari dengan keyakinan mereka. Para penonton menikmati minuman teh dan jus buah semasa Kelly menyanyi beberapa buah lagu terbarunya 'Insomnia' dan bukannya diiringi oleh pesta arak serta seks bebas seperti lazimnya yang berlaku di persembahan nyayian dan konsert-konsert lain.

Saturday, May 8, 2010

Kelantan Purbakala (Bahagian 3)-Kilatan jadi Kelantan?

Ahlul Bait Nusantara dikatakan berasal dari titihan zuriat Yang Mulia iaitu Syed Hussein Jamadi Kubra ibni Syeikh Ahmad Jalal dari Kesultanan Deccan (selatan India) (titihan dari syaidina Hussein as bid Ali, yang belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai 'misi dakwah pada sekitar 1300M, yang mana pada masa itu , di sebelah barat, Khalifahtul'mukmin (Salehuddin Al Ayubi) sedang berusaha menakluk Palestine dari tangan Yahudi.

Syed Hussein Jamadil Kubra belayar bersama dengan enam orang adiknya yang lain dan tujuh orang lagi ditinggalkan di bumi kelahirannya, Deccan, keranaSyed Hussein Jamadil Kubra mempunyai 14 orang adik-beradik.Beliau merupaknan abang yang sulong dan kerana itulah keturunannya diberi dengan pangkal nama 'LONG' pada eranya yang bererti 'SULONG' atau anak yang sulong. Beliau juga dikenali dengan nama 'WALI TUJUH' di kalangan masyarakat Kelantan dan juga Nusantara. Daripada titihan bagindalah lahirnya zuriat keturunan Kesultanan Ahlul Bait Nusantara atau 'Raja-Raja Melayu'.
Sebelum sempat mendarat di Tanah Melayu,Syed Hussein Jamadil Kubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga Syed Hussein Jamadil Kubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah 'rumah Allah' (masjid)jika mereka terselamat dari bencana karam itu.

Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu doanya telah makbul iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.
selamat dari bencana itu,Syed Hussein Jamadil Kubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.

Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam lagi. Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan Syed Hussein Jamadil Kubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari Syed Hussein sedang berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.

Memandangkan angkatan Syed Hussein memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepas diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.

Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan rebung buluh Betong itu,Syed Hussein JamadilKubra telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya supaya tidak boleh lagi memakan 'ikan Kekacang' dan rebung buluh Betong.

Sesiapa yang melanggar pantang itu, biasanya akan terkena penyakit kulit, gatal-gatal atau hilang ingatan. Sengaja Syed Hussein Jamadil Kubra mewasiatkan dua perkara itu supaya dapat dikenal akan keturunanya dan supaya anak-cucunya sentiasa berkeadaan berhati-hati di dalam sesuatu perkara dan jangan bermain-main dengan 'WASIAT' atau amanah. bagai tanda menghormati dan menghargai 'pertolongan' yang telah diberi oleh Allah melaui ikan kekacang dan rebung buluh Betong itu.Realiti daripada peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka telah terdirinya Lagenda Masjid Kampung Laut yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.

Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersama enam saudaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.

Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.


Selepas peristiwa cahaya 'Tudung Saji' itu, Syed Hussein JamadilKubra telah meninggalkan enam orang saudaranya di Bukit Panau itu untuk menjaga 'keberkatan negeri Kelantan' yang baru 'disucikan' oleh Syed Hussein JamadilKubra supaya menjadi negeri yang berkat, aman dan berdaulat.

Kemudian beliau dan beberapa orang lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya berkahwin dengan empat orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja itu telah melahirkan empat dinasti kesultanan Ahlul Bait yang utama di Nusantara ini iaitu kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan Brunei (Borneo) dan kesultanan Demak (wali songo).
Beliau kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana.Daripada beliaulah lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala adiknya yang ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai 'Sang AdiPutera' merupakan guru kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam sejarah itu.

Maharaja Srimat Trailokyaraja (Maharaja Imbang Jaya - 1233)

Maharaja Suran

Raja Tilam

Raja Sakranta

Sultan Mahmud Jiddah

Raden Mas Ariya (Hang Tuah dikatakan pernah berguru dgn baginda - Hikayat Hang Tuah)

Putri Selindung Bayu (berkahwin dgn zuriat keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sayyid Husain Jamadil Qubra - moyang kepada Wali Songo - rujuk nota tambahan di bawah)

Sayyid Ali Nurul Alam

Sultan Maulana Sharif Abu Abdullah

Wan Abdul Muzaffar

Sultan Abdul Hamid Syah..

Sultan Abdul Hamid Syah ada 3 putera :
- Datu’ Nik Ibrahim
- Sultan Nik Badr Us Salam
- Nik Ali @ Fakeh Ali

[ADA PENDAPAT LAIN YANG MENGATAKAN BAHAWA JURAI KETURUNAN SELANJUTNYA ADALAH DARI KETURUNAN FAKEH ALI, DAN BUKANNYA SULTAN NIK BADR US SALAM]

Sultan Nik Badr Us Salam (putera Ke2 Sultan Abdul Hamid Syah) mendapat seorang putera yang bernama Wan Daim.

Wan Daim pula memperoleh 3 putera iaitu :
- Tuan Sulong : mempunyai putera bernama Long Pandak yg menjadi raja Kota Kubang Labu (Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan)
- Long Bahar (Raja Jembal) : mempunyai anak bernama Long Sulaiman, dan Long Sulaiman pula mempunyai anak bernama Long Yunus (Moyang kepada Sultan Kelantan sekarang)
- Raja Long Nik (Datu’ Pujud) : raja negeri Reman (kini : meliputi Yala, Grik & Hulu Kelantan)

Raja Long Nik (Putera ke3 Wan Daim) mempunya 4 putera :
- Long Nuh
- Long Man
- Long Abdul Rahman (Raja Legeh)
- Long Gaffar (pengasas sebenar negeri Kelantan moden setelah berjaya mengalahkan kerajaan Kota Kubang Labu dalam dua peperangan sekitar tahun 1760-an)

Wednesday, April 28, 2010

Kelantan Purbakala (Bahagian 2)-Kaitan dengan Ahlul bait di Nusantara

Sayyid Hussein Jamadil Kubra merupakan datuk kepada Wali Songo dan juga adik kepada Adi Putera (Guru Hang Tuah). Beliau adalah pemimpin (ketua) kepada Wali Tujuh. Darah keturunannya mengalir dalam keturunan Sultan Brunei dan kesultanan Kelantan sekarang. Sayyid Hussein Jamadil Kubra turut dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut (lokasi asal ialah di Kg. Laut,Tumpat sebelum dipindahkan ke Nilam Puri). Keturunan beliau dikatakan telah memakai gelaran Tengku, Nik,Tuan,Che dan Wan yang ada pada nama penduduk di Kelantan-Patani, Terengganu dan Kedah.
Sebetulnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra anak dari seorang gabenor semasa pemerintahan Sultan Muhammad Tuglug (Kesultanan Delhi; India). Jika digalurkan salasilah keturunan akan bertemu dengan Saiyidina Hussein (cucu Rasulullah SAW) melalui keturunan Saiyid al-Alawiyah. Pernah berkuasa di Wilayah Deccan (Selatan India). Sampai di Kelantan kira-kira tahun 1349 Masihi bersama adiknya yang bernama Saiyid Thana’uddin atau dikenali juga sebagai Syekh Saman(anak murid Ibnu Hajar).

Keturunan nabi Muhammad SAW telah ditakdirkan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk kerana mereka dizalimi, ditindas dan dibunuh iaitu bertepatan dengan hadis berikut: “Kami ahlul bait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak sehingga datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji hitam ….“.berikut ialah salasilah keturunan Saiyid Hussein:
“Jamaluddin Al-Hussein (Sayyid Hussein Jamadil Kubra) ibni Ahmad Syah Jalal ibnui Abdullah ibnu Abdul Malik ibnu Alawi Amal Al Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirulah ibnu Isa Al Rumi ibni Muhammad Naqib ibnu Ali al Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Al Baqir ibni ALi Zainal Abidin ibni Al Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW”

Dalam usaha menyebarkan dakwah di Nusantara, beliau dikatakan telah menetap lama di negeri Kelantan. Pembinaan Masjid Kampung Laut juga dikaitkan dengan diri beliau. Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) menjadi tempat beliau bertapa dan tempat berkumpulnya Wali Songo sebelum mereka meneruskan misi dakwah ke Tanah Jawa. Semasa berada di Kelantan beliau telah berkahwin dengan tiga puteri dari keluarga Diraja Empayar Chermin (satu lagi kerajaan purba yang pernah muncul di Kelantan). Kerajaan Chermin pada masa itu mempunyai sebuah ibu kota yang digelar ‘Jiddah’ iaitu terletak kira-kira 3 batu dari Bukit Panau. Kota itu di katakan telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami air yang kini diberi nama Danau Tok Uban. Di danau yang ini dibina sebuah masjid terapung yang dibiayai sepenuhnya oleh Sultan Brunei Darussalam.
Dikatakan anak sulung beliau bernama Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) iaitu ketua Wali Songo merupakan hasil perkahwinannya dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) Cik Wan Kembang adalah pemerintah kelantan yang tersohor pada suatu masa dahulu.Ternyata anak-anak beliau mengikut jejak langkahnya sebagai pendakwah islam. Salah seorang anak beliau telah dihantar ke Pulau Borneo sehingga telah dimasyhurkan menjadi Sultan Brunei dengan memakai gelaran Sultan Berkat. Mungkinkah ini jawapan kepada persoalan kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang besar lagi cantik di gigi Danau Tok Uban(Pasir Mas, Kelantan) yang terletak beberapa kilometer sahaja dari Bukit Panau terpencil jauh tersembunyi. Malah masih ramai orang Kelantan sendiri yang tidak tahu akan kewujudannya.
Adik beliau Saiyid Thanauddin menetap di Bukit Panau dan menjadikan tempat tersebut sebagai tempat pertapaannya. Dikatakan juga Hang Tuah pernah berguru di sini pada sekitar tahun 1400 masihi. Bukit Panau pada ketika itu boleh dihubungi melalui Sungai Kelantan yang mengalir di sebelahnya-Bukit Panau pula berfungsi sebagai rumah api atau panduan bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid. Ianya dapat dilihat jika berada di perairan Laut China Selatan. Sungai Kelantan yang lebar dan luas memudahkan keluar masuk kapal. Bukit Panau walaupun terletak di daerah Tanah Merah hanya terletak bersebelahan dengan Danau Tok Uban yang termasuk pula dalam daerah Pasir Mas dan dipinggir Danau itulah berdirinya Masjid yang dibina oleh Sultan Brunei.

Saturday, April 3, 2010

KELANTAN PURBAKALA (Bahagian 1)

Persoalan ini sering kali muncul dibenak pemikiran hamba setiap kali mengajar Sejarah tingkatan 1 iaitu tentang kerajaan maritim-Chih Tu. Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah. Diasaskan oleh Gautama pada abad ke- 6 Masihi. (Rujuk buku teks sejarah tingkatan 1 muka surat 39) Sudah wujudkah kerajaan Melaka pada ketika ini? Sudah tentu jawapannya belum wujud, bukan? Lihat pula peta pada halaman 39, kerajaan Chih Tu mungkin terletak di negeri Kelantan. Sistem pemerintahannya dikatakan mengikut corak kerajaan Srivijaya iaitu mempunyai pengaruh Hindu. Di manakah bukti-bukti peninggalan kerajaan Chih Tu? Kenapa dikatakan mempunyai corak yang sama dengan kerajaan Srivijaya? Inilah sejarah yang telah lesap daripada catatan sejarah. Bahkan dalam buku teks sejarah sekolah, bahagian sejarah yang ditekankan ialah pada zaman Melaka dan bagaimana Melaka dijajah Portugis. Kita diajar supaya menganggap bahawa sebelum kerajaan Melaka, Tanah Melayu adalah hutan belantara dan didiami oleh manusia yang tidak bertamadun. Buku teks sejarah sekolah ada menyebut tentang Chih Tu tetapi tiada penjelasan selanjutnya. Adakah ini bukti kebangsatan bangsa penjajah yang memadamkan sejarah kita?
Lima belas tahun dahulu Cikgu sejarah hamba pernah juga mengajarkan kepada hamba Chih Tu adalah sebuah kerajaan tua di Kelantan. Berikut adalah hasil tulisan saudara Wonbin. Hamba hanya mengenalinya sebagai seorang pengembara yang menelusuri sejarah melayu, gemar melawat makam-makam raja dan tempat bersejarah. Bukunya bertajuk “Bertualang ke Acheh.”
Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah mencatat nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu. Satu abad kemudian. Setengah-setengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan berkembang ke Malayu, Sumatera kira-kira pada akhir abad ke tujuh. Sri Maharaja Jayanagar telah membangunkan sebuah ibu kota di Palembang (Sri Vijaya Ke 2). Kelantan diserahkan kepada Puteranya, Sri Maharaja DiRaja. Kemudian Kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha) cucu Jayanagar dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina, San-Fo-Tse (Tanah Sri Indah Sekebun bunga), iaitu dalam abad ke lapan Masihi (Nik Mohamed, 1984).




Kelantan, dari semasa ke semasa, dikunjungi para pedagang dari jauh dan dekat; dari Kepulauan Melayu, Siam, Kemboja, Campa, China, India, Parsi dan Arab. Bukti bahawa Kelantan itu berkuasa luas dan menjadi pusat dagangan ialah wang dinar yang terjumpa di kawasan kota Kubang Labu. Pada dinar itu tertera kata-kata dan angka Arab; " al Julus Kelantan 577" dan di sebelahnya; "Al-Mutawakkil" bertarikh 577 ialah sanat hijriah yang bersamaan tahun 1181 Masihi. Dalam Abad 17 pula Ibnu Batuta Seorang Pengembara Arab telah singgah di satu tempat yang bernama "Kilu Krai" (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang raja perempuan yang bernama Urduja (Saad Shukri 1971). Baginda rupawan gagah perkasa dan beragama islam. dikatakan juga baginda boleh bertutur dalam bahasa Turki.


Seorang penulis Cina Chau Juo-Kua, mengatakan negeri Chi-Lan-Tan pada tahun 1222 adalah dibawah takluk kerajaan Srivijaya. Kemudian Syair Jawa Kuno Nagarakertagama karangan Prapance dalam tahun 1365 menyatakan bahawa Kelantan pada masa ini adalah sebahagian daripada Empayar Majapahit yang berpusat di Jawa Timur. Dalam tahun 1411, Kelantan diperintah oleh seorang raja yang bergelar Maharaja Kumara yang pernah mengirimkan ufti dan persembahan kepada Maharaja Cina (Rentse, 1934). Sejarah Melayu menjelaskan bahawa dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah di melaka, Kelantan telah ditaklukkan dan tiga orang Puteri Sultan Mansur Shah (1467-1521) dibawa ke Melaka. Seorang Puteri Onang Kening telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud dan sebagai hasil perkongsian ini lahirlah Raja Muzaffar yang menjadi Sultan Perak yang pertama.


Kelantan dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu, merupakan kawasan yang unik kerana berperanan sebagai pusat bagibeberapa kerajaan Melayu lama dan kawasan pergolakan beberapa dinasti DiRaja yang berhubungkait dengan kerajaan-kerajaan sekitarnya seperti Patani, Nakhon Si Thammarat, Siam, Kemboja, Champa di sebelah utara dan Terengganu, Pahang dan Johor di selatannya. Oleh yang demikian sebelum zaman Kelantan moden di bawah Long Yunus, Kelantan merupakan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh beberapa dinasti DiRaja Melayu.


Bila Sultan Mansur Shah mangkat pada 1526 M (928H), maka putera baginda Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Gombak. Setelah baginda mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat baginda, iaitu Raja Ahmad ditabalkan menjadi sultan Kelantan pada 1684 M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda kedua telah di kurniakan seorang puteri dinamakan Cik Wan Kembang.


Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589 M, sewaktu puteri baignda Cik Wan Kembang berusia 4 tahun, oleh sebab itu Raja Hussain dari Johor dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintahan Kelantan. Bila Raja Hussain mangkat pada 1610 M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkan menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan kira-kira 40 km kearah tengara Kuala Krai.


Pemerintahan Cik Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi mashur dan dikunjungi oleh ramai pedagang dari dalam dan luar negara, termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disayangi oleh baginda, iaitu persembahan daripada rakyat baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterapkan diatas wang emas dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada lambang Kebesaran Negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini dengan megahnya.
Kerajaan Sriwijaya Awal: Indonesia atau Malaysia?


Kelantan adalah sebuah negeri diSemenanjung yang banyak menyimpan rahsia-rahsia sejarah. Kalau dikaji dari sejarah Kelantan purba sehinggalah Kelantan di zaman Long Yunus [Kelantan Moden] maka kita akan membuat satu konklusi bahawa Kelantan merupakan KUNCI pembukaan sejarah-sejarah di Asia Tenggara seterusnya memegang peranan penting dalam penyebaran berbagai agama dan kebudayaan yang mengaitkan negeri China, Korea, Jepun, Arab dan India. Ternyata bumi Kelantan adalah PUSAT segala-galanya.


Sebut sahaja nama-nama negeri atau pulau-pulau, maka Kelantan tetap dikaitkan walaupun ianya mempunyai nama yang sering berubah-ubah. Inilah yang menimbulkan kebingungan dan kekeliruan para ahli pengkaji sejarah dalam menentukan lokasi nama-nama tempat atau negeri sehingga berlaku percanggahan di antara satu sama lain.


Dua faktor yang menyebabkan peninggalan-peninggalan lama hilang dan tidak dapat d**esan lagi lokasinya ialah:


1-kerana dari sudut geografinya Kelantan merupakan sebuah negeri di Semenanjung yang sering dilanda banjir. Hakisan-hakisan yang sering berlaku banyak meruntuhkan dan menenggalamkan kesan-kesan sejarahnya ke dalam bumi dan sungai, dan;


2-peperangan-perangan yang berlaku samada oleh serangan-serangan dari luar atau perangan sendiri telah membawa bencana dan banyak membinasakan kesan-kesan purba. Contohnya satu tempat yang terdapat di hilir Kelantan sekarang kira-kira 3 batu di sebelah barat-daya Bukit Panau, ibu kota yang namanya YAWATOKI bagi negeri Kelantan dalam abad pertama sehingga beberapa abad kemudian dikatakan telah tenggelam ke dalam bumi [pada akhir abad yang ke 14 masehi sewaktu menjadi ibu-kota Empayar Chermin Jeddah]


Kota YAWATOKI dan BUKIT PANAU waktu itu dikatakan terletak di tepi pantai. YAWATOKI bererti 揟ITK JAWA� yang bermaksud, DARI KOTA INILAH POLITIK DAN KEBUDAYAAN [BANGSA] JAWA MULA BERKEMBANG KE SELURUH ASIA TENGGARA.


Ahli-ahli sejarah dan arkeologi Indonesia, ahli arkeologi dari Amerika dan Belanda masih tercari-cari pusat kerajaan SRIWIJAYA yang pertama kerana tiga buah kawasan utama iaitu di Bukit Siguntang di Palembang, Muara Takus dan Muara Jambi tidak ada kesan-kesan yang menunjukkan bukti bahawa kawasan-kawasan tersebut wujud bersama-sama kerajaan SRIWIJAYA di peringkat awal.


Prasasti-prasasti [batu bersurat] yang dijumpai tidak dapat menunjukkan bahawa Palembang pusat SRIWIJAYA di awal abad 7 Masehi. Prasasti Kedudukan Bukit di Palembang yang paling tua tarikhnya [638Masehi] dan paling penting dalam konteks kajian untuk mencari lokasi pusat SRIWIJAYA yang awal juga tidak menemukan bukti-bukti yang jelas dan masih disangsikan.


Bronson seorang ahli arkeologi dari Amerika yang telah mengemuka beberapa hipotesis hanya dapat menjumpai kesan-kesan peninggalan sejarah terutama di Bukit Siguntang dan Palembang yang menunjukkan bekas-bekas permukiman manusia dan penemuan arca dan seramik yang berasal dari China dan Thailand adalah pada abad ke 14 hingga 17 Masehi.


Beliau kemudian mengemukakan pendapatnya bahawa apa yang ditemui oleh para arkeologi Indonesia adalah penemuan seramik dan arca perbakala peninggalan MAJAPAHIT dan SINGGOSARI serta KESULTANAN PALEMBANG.





Saturday, March 20, 2010

Sejarah Buku-Buku Wahyu

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s (David), at Taurah kepada Nabi Musa a.s (Moses)dan kitab Injeel pula kepada Nabi Isa a.s (Jesus). Kesemuanya adalah dalam bahasa pengantar nabi-nabi berkenaan iaitu bahasa Yahudi kuno (Ibrani). Kitab-kitab tersebut tidak ada lagi pada masa kini. Di dalam Bible terdapat: (a) 'At-Taurah' dan 'Psalms od David' di bahagian "The Books of Old Testament" (Buku-buku Perjanjian Lama), (b) 'Injeel' terdapat di bahagian "Books of the New Testment" (Buku-buku Perjanjian Baru) dalam bentuk empat versi iaitu versi (laporan) Matthew, Mark, Luke dan John. Semua Kitab-Kitab tersebut adalah dalam bentuk terjemahan bukan dalam bahasa asal.
Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah wahyu yang terakhir yang paling sempurna. Al-Quran adalah dalam bahasa tuturan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu dalam bahasa Arab. Al-Quran yang terdapat hari ini adalah daripada naskah yang disahkan oleh satu jawatankuasa di bentuk untuk menulisnya mengandungi sahabat yang hafiz, yang mendengar wahyu sendiri daripada Rasulullah s.a.w. semasa beliau hidup lagi. Rasulullah s.a.w. telah mengarah sahabat-sahabatnya untuk menghafaz dan menulis wahyu. Bahasa al-Quran masih hidup selepas 1400 tahun, semua bahasa lain biasanya mati selepas 1000 tahun atau selepas 500 tahun. Umpamanya bahasa Yahudi kuno,Ibrani tidak difahami oleh orang Yahudi biasa. Ia hanya difahami oleh pakar-pakar bahasa Ibrani sahaja.

Maka bahasa al-Quran telah menjadi suatu bahasa yang paling luar biasa dalam sejarah manusia kerana ia masih hidup selepas 1400 tahun dan masih menjadi bahasa pengantar berjuta-juta umat islam. Hikmatnya adalah Allah s.w.t. ingin memelihara kesucian al-Quran sebagai wahyu yang terakhir. Wahyu dalam bentuk terjemahan atau dalam bentuk laporan boleh membuka pintu kepada tambahan dan kekurangan. Keranan tidak ada terjemahan yang tepat serantus peratus.


Friday, March 19, 2010

Sejarah Dajjal

orthodox-cathedral-of-cluj-napoca-romania
Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis. Bahan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya.
Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle. Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini.
Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru. Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains. Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.


Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Jadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi. Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.

Mengenalpasti & Menyusun kod
Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam
Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:
Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:
“Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”
“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”. Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)” Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”. Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”
Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. Kemudian mereka bertanya: “Siapa kamu ini?” Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.” Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.” Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?” Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”
Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?” Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”
Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?” Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.” Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?” Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.” Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?” Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”
Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”
Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”
Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.
Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:
- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta
Kod-kod sumber Yahudi
“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beastfor it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18)
- ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.
“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)
- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta
Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.
the-ferons
Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)
Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God
Dalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.
Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.
Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.
Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.
Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.
Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.
Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.
Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth Book of the Deads.
kod 2:
quetzacoatyl
Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihatan seperti makhluk asing
Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan
Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.
Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.
pyramid-of-the-sun-in-teotihuacan-mayan
Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu

Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).
Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.
mayan2calendar
Kalendar Mayan yang berbentuk matahari
Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?
Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.
kod 3:
china-pyramid
Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?
one-dollar-bill
Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu.  Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.
Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth
Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.
Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.
3295192203_d9be27ea1b
Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi
Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.
Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan kembali…..penghujung waktu…” – maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.
Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.
kod 4:
japan_1
japan_7
japan_8
okinawa
Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun
Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun
Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.
Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.
Manakala teori penulis pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.
kod 5:
2147981830_5e2bab3f79
Sebuah obelisk di kota Kristian, Vatican City
Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah
Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi ‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri.
axumobelisk405a-1700-yo-etopia
Obelisk di Ethiopia
obeliskegypt
Di Mesir
obeliskparis
Paris
obelisklondon
London
obeliskturkey
Turki
washington
Washington, Amerika
Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).
Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.
kod 6:
91545697ba79a5a0
Stonhenge ketika matahari terbit
Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik
Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.
Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.
Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.
Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus?
Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.
kod 7:
250px-pieter_bruegel_toren_van_babel_groot
Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud
Kod #7: Triniti agama pagan
Sesuatu yang masih menjadi pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa. Namun pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang ‘tidak dapat diselamatkan’. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.
Semua agama pagan sejak zaman Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu tuhan mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.
Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya). (Quran, al-Isra: 85)

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” (Quran, an-Nisa: 171)

“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)

“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak, adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak” (Quran, Maryam: 90)

“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?”(Quran, at-Taubah: 30)

Benarlah kata-kata Allah, Dia tidak mempunyai anak.
Dalam agama Mesir purba, proses kelahiran Horus Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.
Namun dalam kitab Old Testament, tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga. Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru) bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final Testament).
Berikut adalah petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan bahawa TUHAN ITU SATU:
EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.
ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.
Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.
Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini.
caio-dai-simbol
Simbol agama Cao Dai di Indo-China, imej satu mata tersebut
adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini
Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.
kod 8:
merlin
Merlin, tukang sihir terkenal dalam epik King Arthur
Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic
Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengajar pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang England ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.
Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.
Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.
Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)…dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.
kod 9:
red-david
Star of David
Kod #9: Star of David
Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.
Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?
krishna-playing-the-flute-and-dancing-with-the-milkmaids-ca-1700-1900-in-the-asian-art-museum-san-francisco-southern-india
Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David
monkey-temple-in-kathmandu
Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari


3286689203_b2235fdf03
Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David
Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya. Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, penulis biarkan anda membuat kesimpulan.

Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi penulis pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini penulis ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal. Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya…ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad… dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi. Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis…”sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya…?”. Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori penulis ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?
Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan ‘bergaya’ di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana. Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.
Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.
Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari. Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal. Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya.


Sumber : http://konspirasi-teoris.blogspot.com/